REVIEW : baca sebelum beli TEKNIK FOREX SEBENAR by Khalid Hamid

salam sejahtera

ini adalah review sejujurnya dari saya sebagai pembeli TEKNIK FOREX SEBENAR (pakej dvd & buku) , khas kepada mereka yang masih berfikir-fikir untuk membeli teknik forex sebenar daripada Encik khalid hamid atau abang lid, sila baca teliti

Dari segi kualiti buku & dvd
Kualiti yang terbaik. Buku kertas tebal, memang tahan lasak , full colour. 2 buku, 1 trading journal , dan 1 dvd, set lengkap untuk bantu anda fahami forex. Dengan adanya buku, tak perlu duduk depan komputer berjam-jam untuk baca PDF, dengan ada DVD, tak perlu nak download video hampir 20 tu. Untung sekarang ada versi fizikal (dvd & buku), dulu download satu persatu dengan internet slow , ebook pun kena print sendiri beratus ratus muka surat :( Untung siapa yang beli sekarang, semua dah mudah

teknik forex sebenar, dvd forex bahasa melayu, panduan forex bahasa melayu

Dari segi kontent
Lengkap. Jika anda memang orang baru, yang tak pernah tahu apa-apa pasal forex, baru dengar sekali dua, anda mungkin ambil masa seminggu ke 2 minggu untuk habiskan baca & tengok SEHINGGA FAHAM semua video & buku. Sebab video ada hampir 20, dan kalau sekali dengar je memang blur lagi .Istilah istilah forex pula masih sangat baru bagi anda. Nak habiskan dalam sehari, jangan mimpi boleh faham semua. Tapi kalau nak habis kan dalam sehari jugak, cari hari cuti.

teknik forex sebenar, dvd forex bahasa melayu, panduan forex bahasa melayu

Untuk forex trader yang dah tahu serba sedikit, dah banyak lost( ramai ni) , dah tahu banyak istilah forex agak senang untuk anda faham TFS ni. Sebab tak perlu recap kat buku setiap kali Encik Khalid sebut ” bearish , bullish, buy limit, sell stop , breakout, CRS , SNR . hammer, beob, long, short, breakeven, stop loss, market excution , ” Jadi fokus anda hanya faham teknik tfs, kenal CRS, cari zon SNR dan lain lain. Teknik-teknik killer juga akan jadi mudah untuk anda faham.

Dari segi harga
ok, ketika edisi pertama teknik forex sebenar, tak silap harga RM80 lebih, masa tu ada ebook je (baca kat komputer dalam bentuk PDF) . Saya masih ingat, lepas tu harga naik seiring dengan kontent yang bertambah. Versi 1, versi 2, versi 3 , sampai versi 5, lepas tu dah tak panggil ikut versi lagi , just panggil TEKNIK FOREX SEBENAR je. Yelah, bayangkan kalau sampai versi 68, tak ke penat nak kira .hahaha. So, sekarang kalau kira sekarang versi 6 la, harga sekarang RM698

harga forex sebenar, teknik forex sebenar, review teknik forex sebenar, .

Mahal ke tak? Ia subjektif pada orang. Bagi orang yang bergaji RM900, jadi mahal, dan nampak mahal kat situ. Tapi jika seseorang yang memang niat nak jadi forex trader SEUMUR HIDUP, harga ni sangat murah.

Bayangkan ilmu ni boleh guna seumur hidup. Senang cerita, bila dah faham TEKNIK FOREX SEBENAR ni, duk ulang ulang je la sampai bila bila, sebab ia ilmu yang relevan sepanjang zaman. (bank pun guna teknik macam ni. Mereka ikan paus, guna teknik ni, kita ikan bilis, takkan nak menongkah arus! ) kita follow je ok.

Okay sekali lagi mahal ke tak RM698? Kalau bagi orang yang just nak try try buat duit, kot kot boleh duit tepi dengan forex, mesti rasa agak mahal la. Tapi kalau fikir sedalamnya, ia berbaloi. Panduan A – Z. Dari tak pandai, boleh pandai. Bayangkan lepas ni, tengok candlestick dekat chart terus boleh agak nak sell ke nak buy, berapa nak target untung, macamana nak kurangkan risiko rugi, semua tu ada dalam TEKNIK FOREX SEBENAR

RM698 ( konfem naik lagi lepas ni) tak mahal . Sebab forex boleh jadi kareer anda nanti. Sebab forex boleh jadi kareer anda nanti. Sebab forex boleh jadi kareer anda nanti. (ULANG 3 KALI, semoga makbul)
Sebab belajar ambil ijazah pun RM20,000 habis kat ptptn je. So mahal ke tak RM698 ni? Bagi saya, berbaloi dengan wang anda. Lepas ni dah pandai buat untung dengan forex, boleh berhenti kerja. Bila orang tanya “ko kerja apa bro, tak nampak gi ofis pun,? ”
” Fulltime forex trader boss” – berangan dulu . kah kah

Dari segi support
Yang ni tak ada dalam DVD & BUKU, tapi ada dalam group support di facebook untuk pembeli yang sah. Dalam ni ada 6000 forex trader. Bukan En Khalid sahaja, trader-trader lain juga sangat aktif kat sini. Hari-hari ada perbincangan, ada analisis, ada yang minta tunjuk ajar , ramai yang sudi tolong. Yang dah pandai share analisis, yang baru boleh minta tunjuk ajar dari senior. Macam satu big family forex trader. So tak la terkial kial & mereput sorang sorang kat rumah tu kalau ada tak faham..

group rahsia teknik forex sebenar, khalid hamid, teknik forex sebenar,

Update percuma sepanjang hidup!
Kat sini bermaksud, jika forex sebenar terus menambah baik kontent yang ada (mostly penambahan video penerangan) , harga mungkin akan naik lagi. So siapa yang dah beli sebelum sebelum ni ,akan dapat UPDATE PERCUMA. Bayangkan, yang beli pada harga RM87 pada 5 tahun lepas, sampai sekarang dapat update percuma (versi 6) . Yang beli sekarang harga RM698 pun akan dapat jika ada update nanti. So siapa yang untung? Yang beli awal la.

Pesanan ringkas : Kalau belum beli, sila beli sebelum harga naik lagi (ringkas je)
beli sini :www.forex-sebenar.com

Testimoni FOREX SEBENAR Akak Jual Jamu

Dalam banyak banyak testimoni yang kami terima, ini antara yang menarik. Kerana testimoni ni datang dari seorang wanita, bekerja, dan ibu kepada 2 orang anak. Ini bukti bahawa jika anda betul betul study TEKNIK FOREX SEBENAR, memang boleh trade forex dengan mudah..

testimoni forex sebenar suri rumah tangga, suri rumah pun boleh buat forex, trade forex guna handphone sahaja,

testimoni forex sebenar suri rumah tangga, suri rumah pun boleh buat forex, trade forex guna handphone sahaja,

Jika anda lihat, akak ini hanya trade guna handphone sebab sibuk, kita yang ada PC, komputer, laptop ni, lagi lah mudah nak analisis. Nak tengok chart pun luas je rasa

Pengajaran kat sini, ILMU DAH DIBERI, hanya tinggal nak atau tak sahaja. Kalau nak try and errror tak tahu bila baru pandai..

Pakej teknik forex sebenar adalah ILMU FOREX PALING BERBALOI untuk anda yang berminat nak jadi full time trader!