TIPS UNTUK TRADER FOREX

Beberapa soalan mungkin bermain di minda seorang trader yang baru. Trader forex yang baru mungkin belum faham sepenuhnya apa itu pips, lot, margin, take profit, stop loss, bearish, bullish,.. Ambil masa untuk fahami semua itu sebelum anda terjah market forex

Forex boleh jadikan anda kaya dengan  cepat & miskin dengan cepat juga!
Sila baca tips dibawah sebelum anda mula trade forex!

  1. Mahirkan diri dengan akaun demo terlebih dahulu
    Ada orang ambil masa berbulan-bulan lamanya sebelum masuk ke akaun real.  Jangan risau, ambil masa jika belum bersedia sepenuhnya. Itu lebih baik dari anda rugi
  2. Tetapkan STOP LOSS setiap trade
    Walaupun anda trade akaun demo sahaja, anggap lah ia seperti trade akaun sebenar. Stop loss adalah berapa yang anda sanggup rugi jika market tak berpihak kepada anda. Ia adalah latihan untuk jadikan anda lebih tenang setiap kali buka trade baru
  3. Trade PENDING ORDER sahaja!
    Ini sangat penting. Dalam keadaan market forex yang bergerak sangat laju, anda boleh rugi dengan cepat. Nampak kelakar bila anda nak buy tetapi tersilap tekan butang sell. Sebab itulah trade PENDING ORDER lebih selamat.
  4. Kawal Money Management anda
    Sebaiknya gunalah 3% sahaja dari wang anda.

Diharap post ini sedikit sebanyak dapat membantu trader baru yang ingin bermula sebagai TRADER FOREX.
TEKNIK FOREX SEBENAR

Be Sociable, Share!