Tragedi Copytrade 2017 ,Bacalah Wahai Trader, Jadikan Pengajaran!

(demi menjaga sensitiviti, tiada nama group @ nama pihak terbabit akan disebut, artikel hanya untuk pengajaran)

Ini kisah pengajaran. jangan mudah terpedaya. Sayangi lah duit anda. Saya tahu bukan mudah cari duit.!

copytrade malaysia, panduan forex bahasa melayu, kelas forex, belajar forex mudah, teknik forex sebenar, forex sebenar, khalid hamid, belajar forex, panduan forex, buku forex, dvd forex sebenar,

Diberitahu, beberapa bulan lalu, ada satu group mengadakan copytrade. Bermodal serendah 100usd, dalam masa 3 bulan berpotensi menjadi 10,000usd!

Lalu berpusu pusu lah orang join. Sebabnya mudah, janji semanis madu, siapa tak tergoda. Dengan berbuktikan satu screenshot akaun terdahulu (100usd berjaya menjadi sekitar 9000usd dalam sebulan), ia kelihatan sangat promising (tak tahu bahasa melayu apa, nanti update balik bila dah ingat. haha)

10,000usd : RM44,000 . boleh buat kahwin! boleh pergi umrah, beli kereta, bercuti, macam-macam! wow

Diteruskan cerita ini, ia mendapat sambutan yang hangat. Ia juga dibantu promosi oleh ib-ib . Sebanyak lebih kurang 1400 akaun yang berjaya di linkkan kepada akaun copytrade manager.

Register hendaklah bawah ib mereka. Selepas itu, pelan ditunjukkan macamana nak jadikan 10k usd tu dalam 3 bulan..Dengan akaun 100usd

0.02 lot per trade (dinaikkan mengikut equity)
TP : 45pips
SL : 50pips

Nampak something? Belajar sesuatu tak kat sini?
Jika stop loss 50pips, take profit pula 45pips, sekali rugi, nak cover balik bukan perlu sekali, tapi kena lebih!

Tapi disebabkan “mereka sudah pakar, mesti mereka lebih tahu, betul tak?

Ringkasan dari program copytrade ini :-

  • hari pertama, dapat profit seperti dirancang.
  • hari ke 3 tak silap , ketika posisi buy float rugi (sebab buy di pucuk) , dibalas pula dengan sell di akar.semua berakhir rugi
  • hari ke 3 equity dah habis separuh! ya .hampir 50%
  • ketika modal sudah mengecil ni , mula lah nak lot gajah kan. proses recovery lah katakan.
  • okay. terus lot 0.10! lost lagi -17usd lebih
  • selepas loss yang banyak, manager copytrade memberitahu rugi sebab tak banyak masa. belum FTT
  • sanggup FTT demi program copytrade ini
  • LANGSUNG TIADA SL . hanya ada sl ketika modal dh nak habis!

Antara highlight lain dalam program copytrade ini (akaun standard)

  • entry 0.01 , close profit 0.05usd
  • ¬†entry 0.01, close profit 0.24usd
  • entry 0.05, close profit 0.95usd
  • ada yang masa untung banyak tak close tapi close ketika rugi.
  • ada yang ketika float -25usd, tapi tp hanya letak 1pips profit (bukan Be+ ye..ni memang betul2 tp 1pips)

Kalau profit macam tu, bila nak recovery. Ada kalanya scalp 0.10usd menjadi
tapi bila loss memang banyak. -25 usd terus!

So kemuncak dalam copytrade ni, total loss dalam tak sampai sebulan! atau tepatnya hari ke 3 dah 50% loss

Bayangkan impian impian yang nak kahwin guna duit ni, yang join 20 akaun pun ada!

Kata seorang copier yang join
“saya tak pertikai teknik dia. tapi saya berhak pertikai MM, trade tanpa SL, adakah alasan sibuk sebab tak FTT menjadi sebab tak boleh letak SL. ? adakah buka lot besar sebab tak FTT?”

Terserah anda sekarang. Buka mata dan minda.

Bukan mudah nak gandakan 100usd ke 10,000usd . Tiada yang mudah dalam dunia ni. Sudah sudah lah percaya program copytrade. Anda ada kemampuan duit, anda cari ilmu , trade sendiri. Jangan serah nasib anda ditangan orang..
www.forex-sebenar.com

Be Sociable, Share!